Pengasas SushiSwap Dilabel Scammer Selepas Jual Pegangannya Ketika Harga Token itu Melonjak 331%

423

Sejak akhir-akhir ini protokol DeFi yang dikenali sebagai SushiSwap dan tokennya, SUSHI menjadi perhatian komuniti matawang kripto. Apa yang dah berlaku sebenarnya?

Untuk pengetahuan, SUSHI dilancarkan pada 28 Ogos lalu, dibuka dengan harga dagangan $2.59.

Pada 1 September, mata wang digital itu menyaksikan lonjakan 331.3% dengan nilai $11.17 hanya dalam satu hari dagangan dan protokol tersebut berjaya mengumpul lebih dari $1 bilion dalam nilai yang direkod.

Namun secara tiba-tiba pada 5 September, pengasas protokol yang dirahsiakan identiti sebenarnya, dikenali sebagai Chef Nomi telah menjual 2.5 juta token SUSHI pegangannya yang membawa nilai $6 juta. Jualan itu dilakukan dengan cara menukarnya ke matawang kripto Ethereum (ETH).

Kemudian, pengasas itu mengeluarkan pula 20,000 ETH yang bernilai sekitar $7 juta dari platform tersebut.

Disebabkan tindakan itu, harga pasaran token SUSHI telah jatuh mendadak dan pengasas itu terus dituduh melakukan “exit scamming“.

Definisi exit scams di dalam industri ini membawa maksud pengasas projek matawang kripto menghilangkan diri bersama dana pelabur atau keluar dari projek selepas menjual aset mereka apabila berlaku lonjakan nilai.

Susulan daripada itu, nilai SUSHI susut kepada $1.2, 89.2% dari nilai tertinggi yang dicatatkan selama beberapa hari. Manakala bagi harga dagangan menunjukkan penurunan nilai sebanyak 53.67% dari harga semasa pelancaran.

Tuduhan sebagai seorang scammer telah disangkal Chef Nomi kerana tiada sebarang penipuan atau kecurian terlibat di dalam jualan SUSHI olehnya.

Malah beliau tidak melarikan diri dan masih aktif di laman Twitter miliknya. Beliau memberi alasan bahawa jualan yang dilakukannya adalah sebagai cara mengedarkan pegangan token Sushi kepada lebih ramai orang.

Tambah pengasas itu lagi kemudiannya, sebagai cara mengembalikan semula kepercayaan orang awam, beliau telah mengalihkan kawalan projek itu keseluruhannya kepada CEO FTX, Sam Bankman-Fried.

Fried kemudian memberitahu Sushiswap akhirnya kembali terkawal.

Buat masa sekarang, SUSHI kembali melonjak kepada 3.3% dengan nilai dagangan pada $2.85.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat