Pengeluaran Industri China pada Oktober Tidak Berubah

40

Secara keseluruhannya, ekonomi China berkembang kurang daripada ramalan pada Oktober yang memberikan keraguan kepada peningkatan yang mampan (sustainability) di China.

Pada pukul 10 pagi tadi, data pengeluaran industri dikeluarkan oleh Jabatan Statistik China yang juga merupakan petunjuk kepada aktiviti-aktiviti perkilangan China. Bacaan pengeluaran industri meningkat 6.1% kurang daripada jangkaan 6.2%. Bacaan ini meningkat pada kadar sama pada September.

Jualan runcit yang berhubungkait dengan perbelanjaan kerajaan dan swasta meningkat 10% berbanding tahun lepas yang menyusut berbanding 10.7% pada September. Penganalisis ekonomi meramalkan jualan runcit meningkat pada Oktober.

Pertumbuhan ekonomi China mencatatkan bacaan 6.7% pada suku ketiga hampir sama dengan bacaan yang dicatatkan pada suku kedua dan pertama. Pelabur-pelabur masih dilihat ragu dengan peningkatan hutang China, dan keadaan semasa sektor hartanah di China.

Data masih menunjukkan kestabilan dalam ekonomi China, namun ekonomi masih bergantung kepada perbelanjaan kerajaan untuk meneruskan pertumbuhan.

Menurut penganalisis, risiko yang paling diberi perhatian pada ketika ini ialah risiko di dalam pasaran hartanah yang berjumlah 15% daripada KDNK China.

Ekonomi dunia selama ini banyak bergantung kepada pertumbuhan ekonomi China. Pun begitu, China ketika ini memberikan tekanan kebawah (downward pressure) kepada pertumbuhan ekonomi global. Ekonomi China hanya berkembang 6.9% sepanjang tahun 2015 iaitu paling rendah sejak 25 tahun lepas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat