Pengeluaran Minyak OPEC Meningkat Pada September, Mengurangkan Optimis Pelabur

64

Harga minyak meneruskan kejatuhan pada sesi Asia hari Selasa menjelang data bekalan minyak mingguan US yang dijangka akan menunjukkan penyusutan.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) di NYMEX bagi bulan November jatuh 0.28% kepada $50.41 setong, manakala minyak Brent di London Intercontinental Exchange juga susut 0.27% kepada $55.94 per tong pada jam 11.00 pagi.

Institusi Petroleum Amerika (API) akan mengeluarkan laporan anggaran bekalan minyak dan bahan sulingan malam ini, diikuti data bekalan rasmi daripada Energy Information Administration (EIA) pada hari Rabu.

Bekalan minyak mentah dijangka jatuh sebanyak 467 ribu tong, manakala bahan sulingan juga diramalkan jatuh sebanyak 1.1917 juta tong, dan gasolin pula 967 ribu tong.

Semalam harga minyak WTI ditutup rendah disebabkan oleh peningkatan pengeluaran minyak berdasarkan data yang dikeluarkan oleh OPEC untuk bulan lepas, dan peningkatan aktiviti penggalian minyak US turut menunjukkan pengeluaran domestik semakin tinggi.

Sentimen terhadap harga minyak menurun selepas kadar patuh syarat pemotongan pengeluaran minyak OPEC pada bulan September menyusut, menyebabkan para pelabur kembali bimbang dengan komitemen pengeluar utama minyak untuk menghalang lebihan bekalan global.

Pengeluran minyak di Libya meningkat sebanyak 30,000 tong sehari menjadikan jumlah kepada 920,000 tong sehari pada bulan September, didorong oleh aktiviti penggalian minyak di padang Sharara kembali pulih selepas terpaksa dihentikan selama 2 minggu. Manakala pengeluaran minyak di Nigeria meningkat 20 ribu tong kepada 1.77 juta tong sehari.

Pada Julai yang lalu, Nigeria setuju untuk menyokong perjanjian pemotongan pengeluaran OPEC jikga pengeluaran minyak mentah mereka mencapai 1.8 juta tong sehari.

Pengeluran OPEC yang meningkat melemahkan optimis para pelabur terhadap harga minyak selepas OPEC berjaya mengeluarkan bacaan pengurangan bekalan minyak mentah paling tinggi pada bulan Ogos lalu.

Antara faktor yang menambahkan kebimbangan adalah syarikat penggalian minyak Baker Hughes yang melaporkan peningkatkan bilangan pelantar minyak di US sebanyak 6 unit, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 750.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat