Pengukuhan Aussie Dorong Kenaikan Kukuh Pada Dagangan AUD/USD

670

Sentimen pasaran yang semakin bertambah baik pada dagangan penghujung minggu mendorong penyusutan ketara pada matawang US dolar.

Pemulihan sentimen pasaran didorong oleh kenaikan pada harga minyak dan juga peningkatan pada pasaran saham yang menyokong matawang komoditi berbanding matawang safe-haven.

Di samping itu, pemulihan pada ekonomi China berdasarkan bacaan data turut menyokong sentimen positif pasaran dan memberi kelebihan pada dagangan Aussie dan Kiwi dalam pasaran.

Namun matawang dolar Australia berkemungkinan berdepan tekanan dengan unjuran penguncupan ekonomi terbesar oleh bank pusat Australia pada telitian minit mesyuarat yang terbaru.

Wakil rundingan perdagangan Amerika Syarikat dan China telah berhubung melalui panggilan konferens untuk perbincangan berkenaan perjanjian fasa pertama.

Tekanan buat US dolar juga didorong oleh unjuran yang semakin kuat untuk Federal Reserve (Fed) bakal menurunkan kadar faedah ke paras negative menjelang awal tahun 2021.

Kebimbangan juga terarah pada laporan data pekerjaan NFP A.S yang akan diterbitkan pada malam ini dengan ramalan bacaan yang terburuk.

Matawang dolar Australia berjaya pamerkan pengukuhan yang ketara berbanding US dolar dengan kenaikan pada carta harga AUD/USD sejak semalam.

Kenaikan harian semalam mencapai sekitar 120 pips dengan kenaikan bermula pada awal sesi Asia sehingga ke sesi pasaran New York.

Harga membuat kenaikan dari sekitar paras 0.63800 pada zon RBS (resistance become support) melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat awal perubahan trend.

Kenaikan harga kemudiannya melepasi paras ketinggian 0.64700 sebelum menuju zon SBR lebih tinggi menguji paras 0.6500.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga meneruskan kenaikan lebih tinggi dan sedang menuju zon resistance pada ketinggian 0.65700.

Dengan momentum yang berjaya dikekalkan, harga berkemungkinan akan melepasi zon resistance tersebut sebelum mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Namun jika penurunan harga kembali berlaku, paras tumpuan pada 0.6500 dan 0.64700 akan kembali diuji semula.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat