Pening! Trump Ni Suka Betul Putar Belit

601

Rentetan daripada tuduhan AS terhadap China berhubung isu coronavirus, Presiden Donald Trump mengatakan bahawa perjanjian perdagangannya dengan negara itu sudah ‘kurang bermakna’ bagi beliau.

Adakah ini juga bermaksud perjanjian perdagangan fasa 1 kini dalam bahaya?

Trump mengakui bahawa perjanjian dagangnya dengan China sudah kurang bermakna bagi beliau, berbanding ketika ia berjaya dicapai pada awal Januari lalu.

Ketika memberi taklimat di White House pada Khamis, Trump sekali lagi mengeluh bahawa Amerika Syarikat terpaksa menutup ekonominya untuk melindunginya daripada pandemik coronavirus.

Bagaimanapun, kenyataan terbaru beliau ini agak menghairankan. Manakan tidak! Baru sahaja Selasa lepas, beliau menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan China untuk membawa masuk vaksin Covid-19 ke AS.

Trump sebelum ini sering mempersalahkan China yang dikatakan bertanggungjawab ke atas penularan virus maut itu ke seluruh dunia sehingga menyebabkan banyak nyawa terkorban dan ekonomi global terjejas.

Presiden itu telah mengambil beberapa tindakan untuk menghukum kerajaan Beijing atas isu virus dan isu-isu berkaitan lain, termasuk usaha China untuk mengekang kebebasan politik di Hong Kong dan penindasan hak asasi manusia ke atas etnik Uighur.

Dalam perkembangan terbaru, Beijing kini dalam usaha untuk membalas tindakan AS yang berpotensi memberi ancaman besar terhadap hubungan diplomatik antara dua negara itu selepas Amerika mengarahkan penutupan pejabat konsulat China di Houston.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat