Peningkatan Inventori Global Ini Amat Merisaukan Sektor Oil & Gas

61

Harga minyak mentah dunia mula mencatat dagangan ke atas pada Khamis daripada kejatuhan sesi sebelum ini.

Namun begitu, pasaran kekal berada di dalam tekanan apabila inventori minyak mentah kekal menaik dengan mendadak sekali gus menjejaskan usaha OPEC dalam membendung pengeluaran global.

Dalam sesi ini, Brent mentah yang merupakan penanda aras bagi minyak mentah antarabangsa diniaga pada $50.95 setong, meningkat sebanyak 31 sen atau 0.6 peratus. Selain itu, WTI mentah mengalami kenaikan sebanyak 35 sen atau sebanyak 0.7 peratus.

Penganalisis menyifatkan bahawa Brent menemui support teknikal pada sekitar $50.

Walaupun minyak mentah mengalami lantunan, pasaran itu kekal di bawah tekanan kerana disebabkan oleh peningkatan inventori AS dan secara tidak langsung menambah keraguan terhadap usaha OPEC dalam mengekang jumlah bekalan di dalam pasaran.

Menurut ketua strategi pasaran di AxiTrader, Greg McKenna, terdapat risiko bahawa harga minyak akan jatuh lagi kerana kekurangan pematuhan oleh anggota OPEC untuk mengurangkan pengeluaran.

Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan bahawa inventori minyak meningkat hampir 5 juta tong kepada rekod terkini sebanyak 533.1 juta tong minggu lepas.

Pengeluaran minyak mentah dari AS meningkat lebih 8 peratus sejak pertengahan 2016 kepada lebih 9.13 juta tong sehari.

Dagangan Logam Berharga Mula Perlahan Gara-Gara Faktor Ini!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat