Peningkatan Kadar Faedah Tidak Beri Kesan Pada Saham Asia, Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

79

Saham Global

Peningkatan kadar faedah oleh The Fed hanya mampu membawa peningkatan sedikit dalam pembukaan sesi dagangan Asia pada hari Khamis.

Nikkei 225 menunjukkan peningkatan sedikit pada awal pembukaan dengan diperdagangkan 0.06% lebih tinggi. Pengeluar kenderaan dan teknologi kebanyakan dibuka lebih rendah, antaranya teknologi blue-chip, dan SoftBank Group jatuh 2.03%. Manakala syarikat tenaga sebahagian besar dibuka lebih tinggi.

Di Korea, indeks Kospi naik 0.56% dengan “saham terkait THAAD” menyumbangkan peningkatan saham.

Saham-saham tersebut meliputi pedagang dan pengguna yang tertekan disebabkan ketegangan antara China dan Korea Selatan berikutan sistem pertahanan THAAD di Seoul. Lotte Shopping menunjukkan kenaikan semalam dengan naik 0.5% dan Amorepacific naik 0.31%.

Indeks ASX 200 naik tipis 0.17% pada awal perdagangan, dengan saham tenaga dan saham hasil bumi menunjukkan peningkatan terbesar.

Saham Malaysia

Bursa Malaysia dibukan sedikit lebih tinggi pada hari Khamis berikutan prestasi cemerlang di bursa Wall Street.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatat peningkatan 0.9 mata lebih tinggi pada 1,738.56 daripada 1,737.66 penutupan Rabu.

Saham Maybank, Public Bank dan Hong Leong Bank merupakan penyumbang terbesar terhada peningkatan saham hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat