Peningkatan Pekerjaan Australia, Aussie Mengukuh

36

Matawang Aussie mengukuh selepas laporan pekerjaan dikeluarkan pada hari Khamis . Peningkatan GDP China dan pengeluaran industri turut mendukung pengukuhan Aussie.

AUD/USD didagangkan pada 0.7855 iaitu meningkat sebanyak 0.11%. USD/JPY juga mengukuh sebanyak 0.01% pada 112.95 . EUR/USD didagangkan pada 1.1803 iaitu Euro mengukuh sebanyak 0.14% setakat jam 12.15 p.m.

Laporan GDP China suku tahun ketiga pada hari Khamis meningkat 1.7% sukuan dan kenaikan 6.8% tahunan. Pengeluaran industri meningkat 6.6% pada bulan September dan pelaburan aset tetap juga meningkat iaitu sebanyak 7.5%. Jualan runcit di China juga meningkat iaitu sebanyak 10.3% berbanding jangkaan yang menjangkakan kenaikan 10.2%.

Laporan perkerjaan Australia menunjukkan penambahan pekerjaan sebanyak 19,800 pekerja berbanding jangkaan yang menjangkakan 15,000 penambahan pekerja. Peningkatan ini menyebabkan kadar pengangguran berkurang dari 5.6% kepada 5.5%.

Matawang U.S dolar jatuh sedikit berbanding 6 matawang utama berikutan laporan sektor perumahan yang tidak menggalakan, namun kejatuhan ini diimbangi dengan kenaikan hasil bon U.S dan spekulasi calon pengganti Janet Yellen.

Menurut Jabatan Perdagangan, jumlah pembinaan rumah (housing starts) jatuh sebanyak 4.7% pada kadar tahunan iaitu sebanyak 1.127 juta unit. Kejatuhan ini merupakan paras terendah sejak bulan September 2016 berbanding bulan Ogos yang mencatat peningkatan 1.183 juta unit. Pakar ekonomi menjangkakan kejatuhan hanya sekadar 0.5%.

Laporan tersebut juga menunjukkan permit pembinaan jatuh sebanyak 4.5% iaitu sebanyak 1.215 juta unit pada bulan September.

Manakala Euro dan Pound mengukuh disebabkan kelemahan matawang dolar U.S dan juga didorong oleh jangkaan bank pusat Eropah dan bank pusat England akan mengetatkan polisi monetari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat