PENTING : Ini yang Seluruh Dunia Boleh Jangkakan dalam Ucapan Pertama Trump Selepas diangkat Menjadi Presiden AS!

52

Slogan “Make America Great Again” tentu sekali akan menjadi tema sepanjang ucaptama yang akan disampaikan oleh Donald Trump sejurus selepas perlantikan beliau nanti.

Trump dijangka berucap pada hari Sabtu (waktu Malaysia). Sumber : Forex Factory

Ucapan beliau juga dikatakan bertumpu kepada 2 matlamat pembaharuan utama iaitu dari segi pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dan kawalan keselamatan.

Pertumbuhan ekonomi tentu sekali tidak dilihat dari sudut pekerjaan namun lebih bertumpu kepada gaji yang lebih baik terutamanya dalam sektor pembuatan.

Dari aspek keselamatan, Trump dijangka akan menekankan usaha untuk mengekang serangan pengganas termasuk ISIS.

Rangka ucapan tersebut digubal oleh Stephen Miller iaitu Ketua Penggubal Polisi bagi kempen dan peralihan pentadbiran Trump dengan bantuan dari Kellyanne Conway (Kaunselor Presiden), Reince Priebus (Ketua Hal Ehwal Kesihatan dan Keselamatan) dan Steve Bannon (Ketua Strategi merangkap orang kanan Trump).

Ucapan pertama itu dijangka memakan masa antara 20 hingga 25 minit atau mungkin menjadi lebih panjang memandangkan ia melibatkan ramai individu.

Sejurus selepas diberikan jadual untuk hari bersejarah tersebut, Trump dikatakan lebih memilih untuk tidak mengadakan makan tengahari bersama-sama Kongres sebaliknya meneruskan kepada sesi menandatangani dokumen-dokumen penting.

Perintah eksekutif dalam ucapan Trump juga dikatakan akan berfokus kepada tiga topik utama iaitu:

1. Memansuhkan Obamacare
2. Mengembangkan sektor penerokaan tenaga di Amerika Syarikat
3. Pengubahsuaian pentadbiran imigresen dan kawalan masuk ke AS

News Besar ECB Malam Ini. Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat