Penurunan AUD/USD Terkesan Oleh Data China Dan Isu Perang Dagang

399

Matawang dolar Kanada kembali mengalami penurunan semalam berikutan ketegangan perang dagang yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat dan China.

Reuters melaporkan bekas Timbalan Menteri Perdagangan China, Wei Jianguo memberikan komen berkenaan isu perang dagang AS-China yang berlarutan dengan mengatakan China perlu bersiap sedia untuk meluaskan pengaruh ke kawasan geopolitik termasuk Laut China Selatan.

Beliau turut mengatakan bahawa tindakan memulakan perang perdagangan dengan China adalah merupakan satu kesilapan strategi yang terbsar dibuat oleh Amerika Syarikat sejak perang dunia kedua.

Selain itu juga, isu perang dagang semakin parah apabila Amerika Syarikat kini mula mengancam Mexico pula untuk dikenakan tindakan tarif terhadap kesemua barangan import dari negara tersebut.

Data PMI perkilangan China yang mengecewakan juga turut menyumbang kepada faktor penurunan pada dagangan Aussie.

Jika diperhatikan pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD semalam, harga kembali menguji zon SBR (support become resistance) di paras ketinggian 0.69350 yang dicapai semalam pada kenaikan yang dibuat sejak awal sesi pasaran Asia semalam.

Namun dagangan Aussie yang kembali melemah mendorong harga membuat penurunan semula sehingga mencecah paras terendah pada 0.69000 dan juga paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Harga kemudian pantul membuat sedikit kenaikan ke paras Magic Pivot semalam sebelum bergerak mendatar pada penghujung sesi dagangan New York.

Dagangan sesi Asia pagi ini menunjukkan penurunan harga ke paras 0.69000 namun harga kembali membuat kenaikan semula ke paras Magic Pivot 0.6915 hari ini dan menguji paras tersebut seketika.

Jika harga membuat kenaikan lebih tinggi, jangkaan kenaikan harga akan menguji paras resistance 0.6932 yang berada pada zon SBR dan diuji sepanjang minggu ini.

Kenaikan yang berjaya melepasi zon SBR tersebut bakal melihatkan harga menuju ke paras ketinggian yang baru pada sekitar resistance 0.6970 (MagicR3) dengan mencatatkan 55 pips kenaikan dari paras Magic Pivot hari ini.

Namun jika harga gagal membuat kenaikan lebih tinggi dari Magic Pivot, harga berkemungkinan kembali meneruskan penurunan dan cuba melepasi paras tumpuan pada 0.69000.

Penurunan lebih rendah mampu mencecah ke paras terendah sekitar zon support pada 0.68650 yang masih gagal ditembusi harga pada dagangan bulan Mei.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 0.6894, 0.6877, 0.6855.

Paras resistance: 0.6932, 0.6953, 0.6970.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat