Perang Mulut Amerika-Arab Saudi, Anggota OPEC+ Masuk Campur!

446

Setelah dituduh oleh Amerika Syarikat bahawa Arab Saudi memaksa negara-negara lain untuk menyokong langkah pemotongan mendadaknya baru-baru ini, anggota OPEC+ tampil menegakkan kebenaran.

Raja Arab Saudi Salman bin Abdulaziz mengatakan keputusan tersebut dibuat adalah sebahagian daripada usaha keras kerajaan itu untuk menyokong kestabilan dan keseimbangan dalam pasaran minyak.

Sementara menteri pertahanan kerajaan dan anak Raja Salman, Putera Khalid pula berkata langkah itu diambil adalah sebulat suara oleh anggota OPEC+ dan berdasarkan faktor ekonomi.

Kenyataan beliau kemudiannya disokong oleh menteri daripada beberapa negara anggota OPEC+ termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) .

Menteri tenaga UAE, Suhail al-Mazrouie dalam satu ciapan di laman Twitternya berkata bahawa keputusan terbaru OPEC+ adalah kesepakatan bersama dan tanpa sebarang niat politik.

Dalam pada itu, ketua pegawai eksekutif Kuwait Petroleum Corporation Nawaf Saud al-Sabah mengatakan langkah tersbeut dialu-alukan olehnya, termasuk pengeluar utama lain terutamanya Rusia.

Terdahulu pada Khamis, pentadbiran Biden mendakwa bahawa pemotongan OPEC+ akan meningkatkan pendapatan asing Rusia dan mencadangkan ia telah diputuskan atas sebab politik oleh Arab Saudi.

Menjelang akhir sesi Asia, niaga hadapan minyak Brent didagangkan pada sekitar harga $92 setong manakala WTI AS pula sedikit berubah pada $86 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat