Perbelanjaan Jualan Runcit Bertumbuh Sederhana Pada Januari Namun Masih Terdapat Kebimbangan!

299

Perbelanjaan pengguna A.S bertumbuh dengan lebih perlahan pada bulan Januari dengan jualan di kedai pakaian mengalami kemerosotan paling banyak sejak tahun 2009. Dimana hal ini menimbulkan kebimbangan terhadap keupayaan ekonomi AS untuk terus berkembang pada kadar yang sederhana.

Jabatan Perdagangan telah mengeluarkan laporan sebentar tadi pada hari Jumaat bahawa jualan runcit tidak termasuk kereta,petrol, bahan binaan dan perkhidmatan makanan dilaporkan tidak berubah pada bulan lepas. Data bagi bulan Disember yang telah disemak semula menunjukkan jualan runcit teras meningkat 0.2% daripada 0.5% yang dilaporkan sebelum ini.

Jualan runcit teras merupakan komponen yang mempunyai korelasi dengan komponen perbelanjaan pengguna dalam KDNK. Maka data ini adalah data yang penting. Para ahli ekonomi meramalkan jualan runcit teras meningkat 0.3% pada bulan lepas.

Walaubagaimanapun, bacaan menunjukkan jualan runcit teras adalah tidak berubah dan hal ini membawa indikasi bahawa perbelanjaan pengguna akan bertumbuh perlahan.

Pengerusi the Fed, Jerome Powell telah mengeluarkan kenyataan pada minggu ini bahawa ekonomi AS berada dalam keadaan yang sangat baik dan menunjukkan prestasi cemerlang. Tambah beliau, the Fed menjangkakan bacaan inflasi akan menghampiri 2%.

Bank pusat A.S pada bulan lepas telah mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah pada paras stabil. Dijangka bahawa bank pusat akan terus mengekalkan pengamalan polisi monetari pada tahun ini selepas mengurangkan kadar faedah selama 3x pada tahun 2019.

Ekonomi A.S telah mencatat pertumbuhan pada kadar 2.3% pada tahun 2019, bertumbuh perlahan dari 2.9% pada 2018. Walaubagaimanapun jualan runcit secara keseluruhan meningkat 0.3% pada bulan Januari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat