Perdagangan UK Bagi September Perlahan

62

Imbangan perdagangan (trade balance) Barangan (goods) UK mencatatkan defisit £12.7bilion pada September berbanding £11.1bilion pada bulan Ogos. Jumlah imbangan pembayaran (trade balance) bertambah dari £5.2bilion dari £3.8bilion yang merisaukan pihak UK.

Eksport mencatatkan penurunan sebanyak £0.2bilion pada September dengan imports meningkat £1.2bilion kepada £38.8bn.

Data ini dikeluarkan setiap 40 hari selepas bulan itu berakhir. Maknanya data bagi bulan September dikeluarkan pada bulan November.

Imbangan perdagangan adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil trade defisit (kurangan dagangan).

Eksport melebihi import baik untuk sesebuah Negara kerana menunjukkan Negara itu banyak menjual barang ke Negara lain dan begitu juga sebaliknya. Eksport yang tinggi menunjukkan pengaliran wang asing ke dalam Negara yang mampu menaikkan nilai matawang tersebut.

Bagi data yang dikeluarkan pada suku ketiga, kurangan dagangan (trade-deficit) jatuh kepada £33.2bilion daripada £34.7bilion pada suku kedua. Manakala jumlah keseluruhan defisit jatuh dari £11.0bilion dari £12.6bilion.

Sebahagian besar dalam peningkatan import adalah disebabkan oleh peningkatan dalam import perkapalan dan data export yang lemah juga disebabkan kejatuhan dalam export perkapalan.

Kenaikan defisit ini sudah tentu disebabkan oleh kejatuhan nilai matawang GBP (pound) yang menjadikan barang import semakin mahal berbanding 4 bulan lepas sebelum market crash.

Data ini akan diteliti beberapa bulan kedepan dan akan merisaukan pihak berwajib jika tiada sebarang peningkatan dalam data ini sehingga awal 2017.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat