Perdebatan Trump-Biden Bertukar Menjadi Kekacauan, Pelabur Semakin Khuatir!

462

Ekuiti pasaran hadapan AS jatuh dan matawang US dolar turun naik berikutan perdebatan hangat presiden antara Donald Trump dan pencabarnya Joe Biden. Perdebatan yang dilihat agak huru-hara menyebabkan kekhuatiran pasaran semakin meningkat kerana khuatiran pada isu perpindahan kuasa yang gopoh boleh mendatangkan risiko.

Pasaran menzahirkan keraguan adakah Presiden Trump akan bersetuju untuk menyerahkan tampuk pemerintahan jika beliau didapati tewas dalam pilihan raya. Dalam perbahasan pertama, Trump menolak untuk melakukan hal tersebut dengan memberikan alasan yang tidak kukuh.Dalam perbahasan di Cleveland, Trump telah berulang kali menyangkal Joe Biden semasa mengemukakan hujah mengenai cukai Trump, perkembangan ekonomi, isu Covid-19 dan integriti dalam pilihan raya.

Penganalisis berpendapat bahawa menjelang pilihan raya pada November nanti, tukaran matawang dan pasaran saham akan mengalami turun naik dengan lebih kerap.

Kebimbangan pasaran lebih tertumpu pada pasca pilihan raya, kerana telah membuat kenyataan bahawa beliau menolak untuk memberi komitmen untuk melakukan pertukaran kuasa secara aman jika beliau kalah dan mengatakan akan membawa perkara ini ke Mahkamah Agung.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat