Pergerakan Matawang Forex Pagi Ini

73

Dolar bergerak sedikit tinggi berbanding yen pada sesi Asia pagi Selasa ini dengan tumpuan di berikan pada data imbangan perdagangan China hari ini.

Pasangan matawang USD/JPY susut 0.12% kepad 110.61, manakala AUD/USD meningkat 0.27% kepada 0.7934 setakat jam 9.50 pagi.

China dijangka akan melaporkan kenaikan pada eksport sebanyak 10.9% bagi tahunan Julai, susut sedikit daripada laporan yang di keluarkan pada bulan Jun. Import pula di jangka meningkat kepada 16.6% daripada kenaikan 17.2% bulan lepas, dengan lebihan imbangan sebanyak $46.08 blion berbanding laporan pada bulan Jun.

Pada awal sesi pasaran pagi tadi, Jepun melaporkan akaun semasa mereka telah mencapai jumlah $935 billion yen pada bulan Jun, lebih daripada $814 billion yen bulan lepas, namun masih di bawah $1.654 trillion yen pada bulan Mei.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama lain, susut 0.19% kepada 93.12

Semalam, dolar dilihat masih tidak berubah berbanding matawang lain berikutan data-data pekerjaan Jumaat lepas tidak dapat memberi sokongan yang banyak terhadap keyakinan para pelabur tentang perubahan kadar faedah bank pusat untuk tahun ini.

Berkata Bullard dalam ucapannya dalam Persidangan Koperasi Pemasaran Kapas Amerika 2017 di Nashville, “Tahap kadar polisi sedia ada ini di jangka akan kekal dalam masa yang terdekat”. Beliau menjangkan tiada perubahan pada polisi Fed tahun ini walaupun beliau terlibat secara langsung dengan perbincangan polisi bank pusat di Washington.

Beliau turut menyatakan para pelabur akan meneliti lebih dekat pada data-data yang bakal dikeluarkan pada minggu ini bagi mencari petanda-petanda penting terhadap perubahan monetari polisi seterusnya.

Sterling tidak mampu turun lebih jauh kerana masih terkesan dengan Brexit selepas parti konservatif akan melawan rang undang-undang bernilai $36 billion pound untuk meninggalkan Eropah.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat