Pergerakan Matawang Forex Setakat Ini.

87

Dolar hanya meningkat sedikit pada pasaran Asia hari (Khamis) ini berikutan kebimbangan terhadap keadaan konflik geopolitik antara Amerika dan Korea Utara, manakala matawang kiwi pula lebih dovish kerana pelabur masih memberi tumpuan terhadap perubahan kadar faedah negara tersebut.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain meningkat 0.02% kepada 93.43 setakat jam 9.40 pagi.

Bank pusat New Zealand (RBNZ) telah mengekalkan kadar faedahnya kepada 1.75% seperti yang dijangkakan. Jangkaan tersebut dibuat berdasarkan keadaan inflasi yang masih berada disekitar 2%.

Pasangan matawang NZD/USD susut 0.34% selepas keputusan tersebut kepada 0.7342.

Di Jepun pula, permintaan terhadap mesin jentera teras menurun kepada 1.9% pada bulan Jun walapun dijangka akan meningkat kepada 3.7%. Keputusan tersebut menyebabkan permintaan tahunan susut 5.2% lebih daripada jangkaan 1.0%. Selain itu, harga pengeluar juga meningkat 0.3% pada bulan Julai dan berdasarkan laporan tahunan, harga meningkat sehingga 2.6% melebihi jangkaan.

USD/JPY susut 0.04% kepada 110.03 manakala AUD/USD meningkat 0.2% kepada 0.7906

Pada Selasa lepas, Trump mengeluarkan kenyataannya selepas beberapa jam Kim Jong-un (ketua negara Korea Utara) berjaya menghasilkan senjata nuklear kecil untuk dimuatkan ke dalam peluru berpandu. Tekanan geopolitik berlaku selapas Pyongyang membalas kenyataan dengan menyebut “sedang meneliti” pelan mereka untuk menyerang Guam di Amerika Pasifik, dimana menempatkan  pangkalan tentara US.

Indeks harga pengeluar dan indeks harga pengguna hari ini dan esok akan mengalihkan tumpuan para pelabur daripada masalah geopolitik yang berlaku untuk mencari tanda-tanda penukaran monetari polisi Fed tahun ini. Pasaran tertumpu dengan laporan ini berikutan rekod kadar inflasi yang bergerak perlahan beberapa bulan yang lepas menyukarkan jangkaan Federal Reserve untuk meneruskan peningkatan kadar faedah dalam masa yang terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat