Pergerakan Pasaran Forex Menjelang Penutupan Pasaran Awal Pagi Nanti

746

US dollar didagangkan lebih rendah pada sesi New York hari Jumaat selepas pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat merekodkan bacaan tertinggi sejak empat tahun lalu.

Matawang US dollar jatuh selepas data pertumbuhan ekonomi (GDP) Amerika Syarikat dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi. Pertumbuhan meningkat 4.10% lebih daripada bacaan sebelum ini yang hanya merekodkan pertumbuhan 2.20%.

Walaupun data jauh melebihi bacaan sebelum ini, namun ia meleset daripada jangkaan 4.20%. Inilah sebab kejatuhan US dollar selepas data dikeluarkan.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain hampir tidak berubah dengan hanya susut 0.07% setakat pada pukul 10.34 malam.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.09% di mana GBP/USD naik sebanyak 0.04%. USD/JPY setakat ini pula jatuh sebanyak 0.17%, USD/CAD susut 0.06% dengan USD/CHF didagangkan hampir tidak berubah, naik 0.06%. Pair AUD/USD membuat kenaikan 0.45%, manakala NZD/USD naik sebanyak 0.09%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah AUD dan matawang paling lemah adalah CHF. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pasangan matawang AUD/CHF membuat kenaikan sehingga 0.53% setakat ini.

Matawang AUD menjadi matawang terkuat pada Jumaat apabila berlaku aktiviti pengambilan untung. Kenaikan AUD ditambah lagi dengan kelemahan semasa US dollar pada akhir dagangan minggu ini dan juga menjelang penghujung bulan Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat