Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Asia

54

Forex

Matawang U.S dolar didagangkan tinggi sedikit berbanding matawang yen dalam pembukaan pasaran Asia pada hari Selasa.

US dolar mencatat bacaan 112.51 berbanding yen dalam sesi dagangan Asia dengan pengukuhan sebanyak 0.06% . AUD juga mencatat pengukuhan sebanyak 0.57% kepada 0.7638 berbanding US dolar. Matawang NZD juga mencatat pengukuhan sebanyak 0.60% kepada 0.69 setakat jam 05.05 petang.

Pengukuhan AUD didorong oleh faktor berikut ;

  • Jualan runcit Australia melonjak naik pada bulan Oktober selepas beberapa bulan pertumbuhan permintaan bertumbuh secara perlahan.
  • Berdasarkan Jabatan Perangkaan Australia (ABS), jualan runcit meningkat 0.5% pada bulan Oktober daripada bulan sebelumnya
  • Akaun semasa juga menunjukkan data yang positif apabila defisit akaun semasa jatuh sebanyak $539 juta kepada $9,125 juta pada suku tahun ketiga 2017.
  • Kini pasaran memberi tumpuan pada gross domestic product (GDP) yang akan dikeluarkan pada hari Rabu.

Sila baca disini lebih lanjut; https://intraday.my/jualan-runcit-dan-akaun-semasa-australia-mencatat-pertumbuhan-yang-positif/

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang menyusut sedikit 0.04% kepada 93.04 dalam sesi dagangan Asia pada hari Selasa setakat jam 11.05 pagi.

Minyak

Harga minyak meningkat dalam pembukaan sesi dagangan Asia pada hari Selasa.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.12% kepada $57.54 setakat jam 11.05 pagi.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik kepada $62.45 setong setakat jam 11.05 pagi.

  • Peningkatan harga minyak ini didorong oleh lanjutan perjanjian oleh OPEC dan Non-Opec sehingga akhir tahun hadapan.
  • Pada bulan November, pengeluaran minyak mentah OPEC jatuh sebanyak 300,000 bpd kepada paras terendah sejak Mei.
  • Selain itu, turut mendorong peningkatan harga minyak, ialah disebabkan kejatuhan inventori minyak mentah US pada minggu lepas.

Emas

Harga emas kekal rendah pada Selasa dengan sentimen positif yang menyokong US dolar. Kelulusan reformasi cukai oleh Senat U.S. menyebabkan kejatuhan harga emas dengan membuat gap-down pada pembukaan pasaran Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat