Jualan Runcit Dan Akaun Semasa Australia Mencatat Pertumbuhan Yang Positif

48

Jualan runcit Australia melonjak naik pada bulan Oktober selepas beberapa bulan pertumbuhan permintaan bertumbuh secara perlahan.

Berdasarkan Jabatan Perangkaan Australia (ABS), jualan runcit meningkat 0.5% pada bulan Oktober daripada bulan sebelumnya. Pertumbuhan ini merupakan pertumbuhan paling kukuh sejak Mei lalu dan mengatasi jangkaan penganalisis yang mensasarkan peningkatan 0.3%. Selepas kajian semula, jualan bulan September mencatat peningkatan 0.1%.

Pertumbuhan jualan runcit didorong oleh sektor pakaian dan makanan yang tinggi. Data yang dikeluarkan ABS ini tidak merangkumi data atas talian yang mewakili 7% daripada jualan. Hal ini bermakna, jualan Amazon melalui jualan internet tidak dimasukkan.

Selain itu data akaun semasa juga menunjukkan data yang positif apabila defisit akaun semasa jatuh sebanyak $539juta kepada $9,125 juta pada suku tahun ketiga 2017.

Defisit pendapatan utama jatuh $1,044juta kepada $11,968juta. Baki perkhidmatan dan barang mencatat lebihan/surplus sebanyak $3,056 juta pada suku tahun ketiga.

Kini pasaran memberi tumpuan pada gross domestic product (GDP) yang akan dikeluarkan pada hari Rabu.

Penganalisis menjangkakan ekonomi Australia akan berkembang sebanyak 0.7% pada suku tahun ketiga daripada suku tahun sebelumnya.

Pertumbuhan kadar pertumbuhan tahunan pula diramalkan akan bertumbuh kepada 3% kerana bank pusat Australia memilih untuk mengekalkan kadar faedah pada 1.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat