Pergerakan Semasa Pasaran Tukaran Matawang Pada Awal Sesi Eropah

307

US dollar didagangkan perlahan berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Khamis dengan kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan masih berterusan. Selain itu, pelabur juga sedang berhati-hati dengan pasaran baru membangun (emerging market) yang tertekan disebabkan isu perang dagang AS-China.

Tumpuan pasaran ketika ini masih lagi kepada isu perdagangan menjelang pengumuman data NFP pada hari Jumaat.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini merosot sebanyak 0.14% setakat pada pukul 4.54 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini didagang hanya 0.03%, di mana GBP/USD merekodkan kenaikan 0.20%. USD/JPY pula merosot sehingga 0.13%, manakala USD/CAD jatuh 0.06%. USD/CHF membuat kejatuhan 0.21%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat kenaikan 0.03% dan 0.11% setakat ini.

Matawang terkuat setakat ini adalah Swissy (CHF) dan GBP, dan matawang paling lemah adalah USD. Dengan menggabungkan kedua-dua matawang, pasangan matawang USD/CHF dan USD/GBP jatuh 0.22% dan 0.19% setakat ini.

Sentimen pasaran sedikit mendapat kesan positif daripada isu Brexit di mana Jerman bersedia untuk melonggarkan syarat dalam perjanjian peralihan UK. Laporan itu menunjukkan negara terbesar Zon-Eropah, Jerman bersedia untuk “menerima perjanjian dengan syarat yang lebih longgar terhadap hubungan perdagangan dan ekonomi dengan UK di masa hadapan dalam usaha EU untuk memuktamadkan perjanjian.”

Perkembangan dalam rundingan NAFTA menunjukkan Trump menggesa untuk memuktamadkan perjanjian sama ada ia dipersetujui atau tidak. Perdana Menteri Trudeau pula menegaskan bahawa Kanada tidak akan menandatangani perjanjian yang merugikan negaranya.

Antara data yang dikeluarkan pada sesi Asia hari ini adalah imbangan dagangan (trade balance) negara Australia yang merekodkan lebihan dagangan (trade surplus) berkurang sebanyak 20% pada bulan Julai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat