Pergerakan Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Malam Ini

652

US dollar meneruskan penguatan pada awal dagangan sesi New York pada Jumaat. Matawang safe-haven Yen dan CHF juga meneruskan penguatan secara keseluruhan setakat pada pukul 9 malam.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.41% setakat pada pukul 9 malam.

Major pair EUR/USD membuat penurunan sebanyak 0.48% dengan GBP/USD susut 0.45%. USD/JPY  setakat ini membuat penurunan 0.15%, USD/CAD pula naik 0.25%. USD/CHF pula naik sehingga 0.83%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing melemah sebanyak 0.56% dan 0.13%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah JPY dan USD, manakala matawang paling lemah adalah CHF. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair JPY/CHF dan USD/CHF masing-masing merekodkan kenaikan 0.93% dan 0.71%.

Perhatian pasaran ketika ino terarah kepada mesyuarat G7 yang akan berlangsung hujung minggu ini di Quebec Kanada. Isu utama yang akan menjadi perhatian adalah isu ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan negara-negara utama yang lain.

Berdasarkan retorik terbaru Presiden Trump, pasaran tidak melihat beliau akan cuba berlembut dengan negara-negara G7 dalam mesyuarat hujung minggu ini. Beliau dijangka akan terus teguh dengan pendirian isu perdagangan dan dasar melindungi ekonomi Amerika Syarikat.

Trump pada Khamis juga telah menuduh Perancis dan Kanada yang mengenakan Amerika Syarikat dengan tariff yang besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat