Perhatian! Ini 5 Petanda Bull Run Sudah Menghampiri!

1,774

“Semua petanda ini agak menarik, ke ada yang tahu dah?”

Selain melihat pemulihan dalam sentimen pasaran mata wang kripto, beberapa perkara lain juga menunjukkan kemungkinan pendakian harga setelah Bitcoin (BTC) menembusi $71K. Berikut adalah lima petanda paling menonjol yang menunjukkan ketibaan awal Bull Run bakal berlaku.

BTC Market Dominance

Menerusi pemerhatian, penguasaan BTC telah mencanak 55.87% iaitu penguasaan tertinggi dikenakan dalam tiga tahun, jadi di sini dapat dilihat bull run selalunya bermula apabila BTC dominance naik lebih daripada 56%.

Skor BTC MVRV Z

Skor BTC MVRV Z mendedahkan detik kenaikan kitaran melalui perbandingan permodalan BTC semasa bersama nilai puratanya.

Umum mengetahui skor BTC MVRV Z belum menghampiri 6 sejurus selepas bull run 2021, oleh itu perlu diketahui data BTC kini adalah separuh daripada 6 dan ini membawa makna bull run mungkin berlaku tidak lama lagi.

BTC HODL Waves

Data BTC HODL Waves adalah bullish untuk BTC sejurus selepas membandingkan pemegang BTC baharu dengan pemegang BTC lama.

Hal ini kerana apabila bilangan pemegang BTC baharu menurun, terdapat kemungkinan melihat lebih banyak keuntungan apabila tekanan jualan menurun susulan pemegang baharu lebih cenderung jual setelah keadaan jadi tidak menguntungkan.

RHODL Ratio

RHODL ratio ialah perbandingan BTC dibeli baru-baru ini dan BTC yang dibeli setahun atau dua tahun lalu.

Mengikut data semasa, pembeli BTC membayar lebih untuk BTC berbanding dua tahun lalu, jadi di sini dapat dilihat ia adalah petunjuk pasaran kripto sudah mencapai tanda penting untuk bull run tercetus.

Puell Multiple Level

Menunjukkan perbezaan antara hasil miner BTC jangka pendek dan aliran hasil jangka panjang, Puell Multiple Level biasanya terbentuk kenaikan apabila tahap berada pada 3 dan tahap tertinggi tahun ini ialah 2.5 pada Mac 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat