Perhatikan Pergerakan Ekuiti Sehari Selepas ‘Sell-Off’ Mengejut Wall Street

251

Buat 2 hari berturut-turut pasaran ekuiti mengalami kerugian walaupun terdapat lantunan kecil pada Wall Street di sebalik jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan kekal agresif dalam membendung inflasi.

Ketika sesi penutupan pasaran saham Amerika Syarikat (AS) Dow Jones Industrial naik 0.1%, pada 31,135.09, S&P 500 capai 0.34%, pada 3,946.01 dan Nasdaq Composite  tambah 0.74%, pada 11,719.68.

Buat masa ini indikasi FedWatch Tool menyaksikan jangkaan kenaikan kadar faedah 75 mata asas oleh Fed adalah hampir pasti dengan muncul pula kemungkinan 100 mata asas berdasarkan data inflasi bulan Ogos yang masih tinggi.

Rentetan itu, indeks MSCI saham seluruh dunia menyusut 0.33% iaitu penurunan peratusan 2 hari terbesar dalam 3 bulan sementara tolok STOXX 600 pan-Eropah turun 0.86%.

Mengulas situasi, penganalisis Brian Jacobsen dari Allspring Global Investments mengatakan data indeks harga pengeluar (PPI) semalam yang dilihat menurun buat 2 bulan berturut-turut tidak memberi kesan besar kepada pasaran.

Hal ini kerana Fed lebih menegaskan tentang harga pengguna berbanding pengeluaran dalam membuat sebarang keputusan kenaikan kadar faedahnya.

Dalam pada itu, rantau Asia turut memperlihatkan lantunan dengan Nikkei 225 Jepun serta Topix dibuka sedikit tinggi sementara Kospi Korea Selatan tambah 0.29% dan S&P/ASX 200 Australia mula dagangan dengan baik.

Ringkasan mata wang menyaksikan pergerakan dolar susut 0.155% sementara Euro naik 0.07% pada $0.9977 tatkala Yen Jepun kukuh 0.95% pada 143.19 per dolar dan Pound lonjak 0.39% pada $1.1536.

Bagi hasil Perbendaharaan, nota 10 tahun dan 2 tahun mengukuh ketika sesi dagangan sebelum susut seiring dolar untuk memberi peluang kepada ekuiti meraih sedikit keuntungan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat