Perhimpunan Besar-Besaran Menunjukkan Tanda Protes Rakyat Terhadap Keputusan Pilihanraya Presiden AS!

85

Beribu-ribu rakyat Amerika menunjukkan protes terhadap pemilihan Trump sebagai Presiden yang baru.

Pun begitu, demostrasi yang dianjurkan itu dilaporkan masih dalam keadaan terkawal oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Di Chicago, beribu-ribu orang dilaporkan berkumpul sekitar Menara Trump dan melaungkan slogan “Not My President!”. Kebanyakan rakyat Amerika juga percaya bahawa pemilihan Trump akan memecah-belahkan Amerika dan mengundang kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Bantahan di sekitar Trump Tower
Bantahan di sekitar Trump Tower
Bantahan oleh golongan anti-Trump
Bantahan oleh golongan anti-Trump

Satu bantahan yang sama turut dilaporkan berlaku di Manhattan serta menarik kira-kira lebih 1,000 orang berhimpun di tengah bandar Fifth Avenue berhampiran Menara Trump.

Disamping itu, protes turut dilakukan di Boston dengan melaungkan slogan “Trumps’s a racist”.

Perbarisan membantah pilihanraya Trump turut dilakukan dengan membawa sepanduk di hadapan Trump International Hotel di Washington, DC.

Dalam masa yang sama juga, sekumpulan individu berkumpul di luar White House, menyalakan lilin, dan menyanyi.

Ada juga diantara penunjuk perasaan di Universiti Amerika membakar bendera AS di dalam kampus.

Di Oregon, beberapa perjalanan keretapi juga ditangguhkan berikutan terjadikan kesesakan di bandar terbabit.

Protes juga dilaporkan berlaku di beberapa universiti di California dan Connecticut, sementara beberapa ratus orang berarak di San Francisco dan sekitar Los Angeles.

Satu-satunya tunjuk perasaan ynag tidak terkawal dilaporkan berlaku di Oakland, California yang berlangsung sehingga semalam. Beberapa penunjuk perasaan membakar tong sampah, memecahkan tingkap, menyembur graffiti disekitar jalan.

Pun begitu, polis tempatan melaporkan bahawa tiada tangkapan dibuat berikutan keganasan terbabit.

Kemenangan Trump : Orang Terkaya Dunia Rugi Hampir $41 Billion

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat