Perkembangan Positif di UK Gagal Bendung Penurunan GBP/USD

485

Perkembangan di UK kekal positif dengan program vaksinasi yang dipergiatkan mendorong penurunan pada kes jangkitan serta buat pertama kalinya UK mencatatkan sifar kematian sejak Pandemik bermula.

Perdana Menteri UK Boris Johnson kekal optimis berhubung pelaksanaan pembukaan ekonomi UK dan yakin ekonomi akan beroperasi sepenuhnya pada 21 Jun ini.

Namun, faktor positif tersebut masih gagal untuk menyokong pengukuhan lanjut bagi mata wang Pound Sterling berbanding US dolar menuju penghujung minggu ini.

Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, selepas harga melepasi zon rintangan 1.42000 dan mencatatkan paras ketinggian terbaru hampir sekitar 1.42500 pada Selasa, penurunan harga kembali dipamerkan sehingga sesi Eropah semalam.

Pelabur menyaksikan US dolar sedikit mengukuh pada sesi Eropah semalam sebelum kembali susut semula pada sesi New York. Pergerakan US dolar kekal bergelora sementara pelabur waspada menjelang laporan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat.

Penurunan yang dibuat mencecah paras 1.41100 yang dilihat sebagai zon sokongan harga sejak 2 minggu yang lalu.

Namun, harga kembali melonjak semula sekitar 70 pips pada sesi New York dan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD.

Pergerakan harga perlahan bersambung pada sesi Asia pagi Khamis masih berlegar di paras MA50 membuatkan pelabur lebih berjaga-jaga selepas isyarat awal trend bearish.

Penurunan harga yang diteruskan akan sekali lagi menguji zon sokongan 1.41000-1.41000. Pelabur akan menilai reaksi harga pada zon ini untuk isyarat pergerakan selanjutnya.

Sekiranya harga tembus lebih rendah, harga bakal didorong untuk menuju paras support lebih rendah pada 1.40000 yang berada pada zon RBS (resistance become support) utama.

Namun, jika harga berjaya kembalikan rentak kenaikan semula melepasi rintangan 1.42000, paras ketinggian dicapai minggu ini mungkin mampu diatasi sebelum kenaikan seterusnya dijangkakan untuk menuju paras 1.43000.

Paras tersebut merupakan paras rintangan harga pada dagangan Januari dan April 2018. Mencapai paras ketinggian tersebut akan merekodkan paras tertinggi terbaru harga 3 tahun.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat