Perkembangan Terkini Isu Bank Tertua Dunia ‘Montei Paschi’

60

Bank Pusat Eropah (ECB) telah memberikan peringatan kepada Bank tertua dunia Montei dei Paschi bahawa mereka memerlukan modal berjumlah 8.8 bilion euro. Amaun ini adalah lebih banyak daripada 5 bilion euro yang diperlukan sebelum ini  yang diberitakan sendiri oleh pihak Montei Paschi pada Isnin.

Jumaat lepas, kerajaan Itali meluluskan pakej bantuan untuk Montei dei Paschi selepas bank ketiga terbesar Itali ini gagal mengumpulkan 5 bilion euro daripada pelabur.

Montei Paschi secara rasmi telah meminta ECB untuk membuat “precautionary recapitalization” pada Jumaat.

Precautionary recapitalization adalah campurtangan kerajaan dalam bank bermasalah yang masih dalam keadaan ‘solvent‘. Solvent dalam hal ini bermaksud, Montei Paschi mempunyai lebih aset daripada liabilitinya atau dalam kata lain, Montei Paschi masih mampu membayar hutang-hutangnya.

Walaubagaimanapun, ECB mengatakan modal atau kecairan Montei Paschi berkurang begitu pantas dalam tempoh akhir November sehingga 21 Disember.

Ahli pembuat polisi ECB Jens Weidmann berpendapat bantuan kerajaan (bail-out) kepada Montei Paschi harus diteliti sebaik-baiknya kerana banyak persoalan harus dijawab.

Pemerhati pasaran kewangan di Itali, Consob menyatakan minggu lalu bahawa saham dan sekuriti bank tertua dunia ini akan digantung dari dagangan sehingga keadaan semakin jelas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat