Perkembangan Terkini Pasaran Eropah Khususnya Matawang Euro

106

Pasaran ekuiti Eropah susut pada awal pembukaan pasaran Eropah sebentar tadi, manakala hasil bon kerajaan meningkat ketika ini berikutan pelabur berhati-hati tentang pertemuan Presiden AS dan China dan kebolehan Presiden Trump menjalankan rangsangan ekonomi.

US dolar ketika ini meguat berbanding enam matawang utama yang lain tetapi kalah jika dibandingkan dengan matawang ‘safe-haven’ Yen Jepun. Emas juga dilihat menguat sejak sesi dagangan Isnin.

Pasaran saham global telah mencapai paras tertinggi sejak beberapa bulan ini, salah satunya disebabkan oleh jangkaan pemotongan cukai oleh Trump dan pelonggaran regulasi perbankan di AS dan tambahan perbelanjaan infrastruktur.

Walaubagaimanapun, Trump dilihat mengalami kesukaran dalam polisi kesihatan bagi menggantikan Obama-care yang menimbulkan persoalan adakah Trump mampu menunaikan janjinya semasa pilihanraya.

Data jualan kereta AS susut seperti yang dilaporkan semalam dan menyebabkan penyusutan di Wallstreet dengan tragedi pengeboman di Rusia dan juga komen Trump berkaitan Korea Utara.

Penyusutan jualan kereta di AS menyebabkan Nikkei hari ini ditutup lebih rendah 0.9% ke paras terendah 10 minggu lalu yang juga di sebabkan impak penguatan Yen kepada pengeksport Jepun.

Kadar hasil pelaburan instrumen berisiko rendah bon AS dan Jerman turut jatuh berikutan permintaan yang semakin tinggi dalam suasana pasaran yang ‘uncertainty‘ (ketaktentuan). Bon 10-tahun AS jatuh kepada 2.32%, paras terendah dalam masa sebulan.

Manakala bon 10-tahun Jerman mencapai paras terendah sejak 1 Mac di paras 0.26%. Bon 10 -tahun Itali juga turut jatuh kepada 2.3%.

Ada banyak faktor fundamental yang memberi kesan kepada Eur/Usd. US dolar menguat sejak minggu lalu berikutan komen-komen terbaru dari ahli The Fed yang sedikit hawkish berbanding minggu sebelum itu, ditambah dengan data-data memberangsangkan Amerika Syarikat.

Eur/Usd ketika ini masih gagal menguat selepas mengalami kejatuhan 72 pip sekitar tengah hari tadi waktu Malaysia.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat