Perkhidmatan Google Cloud Dikembangkan Dengan Gabungan 11 Blockchain!

230

“Wow terbaiklah, Google Cloud nampaknya semakin mengorak langkah jauh.”

Diumumkan oleh firma gergasi Google Cloud, perkhidmatannya dipanggil BigQuery telah memperluaskan keupayaan gudang data mereka melalui penggabungan 11 rangkaian teknologi blockchain.

Rangkaian blockchain yang disepadukannya ialah Avalanche, Arbitrum, Cronos, tetsnet Görli Ethereum, Fantom, Near, Optimism, Polkadot, mainnet Polygon, testnet Mumbai Polygon termasuk Tron.

Umum mengetahui bahawa tindakan dilakukan Google Cloud tersebut adalah susulan daripada permintaan kolektif yang dibuat oleh blockchain, firma analitik Web3, rakan kongsi, pembangun dan pelanggan.

Bagaimanapun, matlamat utama di sebalik perkembangan itu bukan sahaja untuk memberikan pandangan lebih komprehensif dalam pasaran mata wang kripto malah membenarkan query* berbilang rangkaian blockchain.

*Membolehkan sesiapa sahaja membina subgraf dan memberi insentif kepada komuniti untuk menyelaras dan mengembangkan rangkaian

Jadi di sini dapat dilihat pengguna dibenarkan untuk menentukan pencetakan harian non-fungible token (NFT) merentasi tiga rantaian tertentu, membandingkan yuran transaksi antara pelbagai chains dan menentukan bilangan wallet aktif pada rantaian EVM terkemuka.

Secara konteks, BigQuery ialah gudang data tanpa pelayan diurus sepenuhnya oleh Google yang menawarkan keupayaan melakukan analisis berskala pada sejumlah besar data, memudahkan pertanyaan dan dilengkapi dengan ciri pembelajaran mesin bersepadu.

Perkembangan terkini sejajar dengan cita-cita Google Cloud di mana pada April 2023, mereka rancang untuk bantu startups dan projek Web3 dengan inisiatif baharu dipanggil ‘Google for Startups Cloud Program’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat