Perlu Tunggu Selepas Pilihan Raya, Nasib TikTok Jadi Tanda Tanya

139

Perbicaraan berhubung larangan terhadap aplikasi TikTok di Amerika Syarikat (AS) bakal diadakan pada 4 November, sehari selepas pilihan raya Presiden diadakan.

Pada Ogos lalu, Presiden AS iaitu Donald Trump mengumumkan pelannya untuk menyekat sebarang transaksi AS dengan syarikat pengendali aplikasi tersebut, ByteDance.

Sekiranya larangan itu diluluskan, pelan akan bermula pada 12 November.

Terdahulu, Hakim Carl Nichols melarang pentadbiran Trump daripada memaksa TikTok dibuang daripada gedung aplikasi Apple dan Google.

Ujar Nichols, tiada bukti jelas bahawa China mengancam keselamatan nasional menerusi aplikasi TikTok. Trump sebelum ini mendakwa TikTok mencuri data pengguna di AS untuk tujuan pengintipan bagi kerajaan China.

Tegas Trump, beliau hanya akan membenarkan aplikasi itu terus digunakan di AS jika operasi ByteDance dijual kepada syarikat tempatan seperti Oracle dan Walmart. Kerjasama antara Walmart dan Oracle akan mewujudkan syarikat baharu dikenali sebagai TikTok Global.

Bagaimanapun, China dilihat menyekat rundingan penjualan operasi ByteDance daripada berlaku dengan menjual sesetengah teknologi ByteDance kepada firma perniagaan asing.

Data menunjukkan jutaan rakyat AS menggunakan TikTok ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat