Permintaan Sarung Tangan Getah Meningkat, Dorong Eksport Produk Getah Lebih Gah

199

Eksport produk getah Malaysia terus meraih ‘durian runtuh’ susulan peningkatan yang memberangsangkan terhadap permintaan sarung tangan getah.

Lonjakan tersebut juga telah menyokong eksport produk getah Malaysia meningkat sekitar 80% untuk mencecah RM74 bilion pada tahun ini berbanding yang dicapai pada tahun lepas sebanyak RM41 bilion.

Menurut Bernama, kegiatan ekonomi global yang semakin pulih telah mencerahkan prospek permintaan terhadap getah asli. Penggunaan global getah asli meningkat 6.7% kepada 13.7 juta tan pada 2021 berbanding pada 2020 yang telah menyusut sebanyak 7.8%.

Selain itu, program vaksinasi Covid-19 telah mendorong penggunaan di pasaran utama seperti China dan Amerika Syarikat untuk terus menunjukkan peningkatan positif susulan pembukaan semula operasi perniagaan.

Beliau juga menambah bahawa dengan peningkatan kes harian Covid-19 yang ketara di Malaysia dan telah menjurus pelaksanaan kawalan pergerakan, pengurangan tenaga kerja dan sebagainya akan mengakibatkan rantaian bekalan getah asli terbantut.

Manakala, eksport getah asli Malaysia dijangka akan meningkat sekitar 5% kepada RM6.5 bilion berbanding hanya RM6.2 bilion yang direkod pada 2020 dan juga disokong oleh harga getah yang lebih baik.

Megikut kepada trend pengeluaran getah pada tahun 2021, ia terus mengukuh kepada 530,000 tan daripada 514,700 pada tempoh sama tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat