Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) Umumkan Kajian Semula Piagam Perkhidmatan Pelanggan

262

Pada 5 September, Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia atau Association of Banks in Malaysia (ABM) mengumumkan pelancaran piagam perkhidmatan pelanggan baru yang dikaji semula untuk kegunaan industri bank komersial di Malaysia.

Piawaian piagam pertama mula diperkenalkan pada tahun 2011 dengan tujuan setiap bank komersial dapat menyampaikan khidmat pelanggan yang berkualiti tinggi. Pada awal pengenalan, setiap bank dibenarkan untuk menetapkan piawaian dalaman dan pemulihan kewangan (turnaround) yang sendiri bagi khidmat-khidmat perbankan asas.

Piagam kaji semula ini mula dilaksanakan pada 30 Ogos yang lalu, dan ABM menyatakan ianya telah berjaya digubal hasil kerjasama antara ABM dan 27 bank yang lain.

Empat nilai utama yang menjadi kunci pada piagam ini:

  • Kenali Pelanggan anda – meningkatkan kepercayaan melalui pemahaman pada profil pelanggan bagi mengenal pasti keperluan dan pilihan pelanggan
  • Perkhidmatan yang tepat dan cekap –layanan perbankan asas/umum yang lancar dalam jangka waktu yang ditetapkan
  • Perkhidmatan yang telus dan menyenangkan – urusan yang telus dengan kakitangan yang cekap dan berpengetahuan
  • Perbankan boleh akses – menyediakan kemudahan perbankan bagi ketenangan pelanggan
  • Dengan perkenalan piawaian industri minimum, para pelanggan diharap akan memperoleh pengalaman perbankan yang lebih positif.

ABM turut mengingatkan bahawa perubahan kecil mungkin berlaku pada piagam oleh bank yang terlibat dengan merujuk pada perbezaan produk-produk yang ditawarkan serta piawaian dalaman yang mungkin lebih tinggi daripada kadar minimum yang ditetapkan.

Dengan perkenalan piawaian industri minimum, para pelanggan diharap akan memperoleh pengalaman perbankan yang lebih positif. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan piagam di laman rasmi Persatuan Bank-Bank Malaysia di sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat