Persengketaan Perdagangan Sekian Lama Antara UK Dan A.S Akhirnya Berakhir!

373

Pada hari ini, Britain dan Amerika Syarikat bersetuju untuk menyelesaikan perselisihan perdagangan yang sudah lama berlanjutan yang melibatkan isu pesawat dan wiski. A.S buat masa ini memilih untuk memberi tumpuan menangani isu subsidi China.

Kedua-dua negara UK dan A.S akhirnya bersepakat menamatkan sengketa selama 17 tahun lamanya dan bersetuju untuk bersama menentang amalan perdagangan yang tidak adil.

Perselisihan itu telah memicu perang tarif transatlantik selama beberapa bulan yang menyebabkan membawa impak kepada industri arak. Dengan kesepakatan ini, tarif akan ditangguhkan selama lima tahun lagi sementara pendtadbiran juga berjanji untuk memberikan sebarang bantuan. Dalam masa yang sama ia membantu sektor pekerjaan di UK dan berita baik untuk sektor arak dan aeroangkasa kerana tidak lagi dikenakan hukuman tarif.

Persetujuan perjanjian damai aeroangkasa berlaku dua hari selepas EU akur dengan usulan Washington mengenai subsidi pesawat dan bersetuju untuk melawan pengaruh China yang semakin meningkat.

Wakil Perdagangan Amerika Syarikat Katherine Tai menyatakan bahawa keutamaan adalah pada persaingan yang adil dan menangani cabaran bersama yang datang dari China.

Secara kesimpulannya, Britain kini sedang berusaha unutk mementerai lebih banyak kesepakatan baru yang dapat memberi manfaat kepada negara itu selepas keluar dari Kesatuan Eropah pada tahun 2020.

Matawang GBP masih catat penyusutan berbanding US dolar berikutan pengukuhan berterusan US dolar selepas FOMC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat