Persetankan Data China, Ekuiti Global Kekal Dalam Kenaikan

161

Bacaan data ekonomi di China yang lemah dari jangkaan sehingga mencetus kebimbangan kemelesetan dilihat tidak menggusarkan pasaran ekuiti mahupun dolar dengan indeks-indeks utama Wall Street mengekalkan kenaikan.

Difahamkan People’s Bank of China dijangka akan mengurangkan kadar faedah selepas ekonomi negara Tembok Besar tersebut mencatat bacaan pengeluran perindustrian dan jualan runcit yang jauh dibelakang unjuran penganalisis.

Ulas Tom Plumb dari Plumb Balanced Fund, pasaran China terus bergerak perlahan ekoran sekatan Covid-19 terdahulu menyebabkan aktiviti ekonomi terhuyung-hayang.

Lantaran itu Plumb merasakan People’s Bank of China perlu membuat keputusan yang betul dengan rangsangan yang akan dilaksanakan atau bergerak lebih akomodatif.

Atas faktor tersebut pasaran dilihat mengembalikan kerugian yang dialami awal sesi dengan indeks saham MSCI seluruh dunia meningkat 0.23% sementara tolok MSCI saham Asia Pasifik saham luar Jepun ditutup rendah 0.34%.

Situasi sama juga berlaku di Wall Street dengan Dow Jones Industrial naik 0.42% pada 33,903.57, S&P 500 capai 0.37% pada 4,296.09 dan Nasdaq Composite tambah 0.59% pada 13,123.89.

Boleh disimpulkan ekuiti Amerika Syarikat (AS) membalikkan kerugian, meneruskan kenaikan 4 minggu berturut-turut dan terdapat kemungkinan penyederhanaan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) selepas inflasi menguncup.

Selain itu, pelabur berkemungkinan berwaspada terhadap pergerakan pasaran menjelang laporan minit mesyuarat FOMC yang akan menjadi tumpuan pada awal pagi Khamis nanti selepas perhatian beralih dari terbitan data jualan runcit AS.

Aliran mata wang memperlihatkan dolar mengukuh dengan indeks greenback naik 0.785% sementara Euro turun 0.97% pada $1.0158.

Sementara itu, hasil Perbendaharaan AS 10 tahun turun 2.795% daripada penutupan 2.849% minggu lepas dan nota hasil 2 tahun susut 3.1988% daripada 3.257%.

Bagi komoditi, harga minyak turun 3% dengan niaga hadapan Brent jatuh 3.1% kepada $95.10 manakala WTI susut 2.9% pada $89.41.

Emas jatuh 1% dan spot emas turun 1.3% pada $1,778.53 per auns sementara niaga hadapan emas AS susut 1% pada $1,781.40 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat