Pertumbuhan Ekonomi China bagi Suku Keempat Bagi Tahun 2016 dinilai Optimis : Menteri Kewangan China

39

Menteri Kewangan China iaitu Zhu Guangyao, berkata pada Ahad bahawa ekonomi kedua terbesar dunia tersebut yakin bahawa pertumbuhan ekonomi China boleh mencecah sehingga 6.7 peratus pada tahun 2016.

Ekonomi negara itu dicatat stabil pada paras 6.7 peratus pada tiga suku pertama tahun ini. Justeru, Zhu dilihat yakin bahawa kadar pertumbuhan ini akan mencapai tahap yang sama, atau lebih bagi suku keempat tahun 2016.

China telah mensasarkan pertumbuhan dalam linkungan 6.5 sehingga 7 peratus bagi tahun 2016 kerana berikutan dorongan terhadap perbelanjaan kerajaan, sektor perumahan dan rekod pinjaman bank. Bagaimana pun, negara itu turut menyaksikan pertambahan dalam jumlah hutang.

Ramai penganalisis ekonomi percaya bahawa pertumbuhan negara ini akan sedikit terjunam bagi suku yang lepas. Namun mereka turut mengakui bahawa ledakan dalam sektor pembinaan di China bakal memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi.

Dalam masa yang sama, ramai pemikir kerajaan juga meramalkan bahawa ekonomi China boleh susut sehingga 6.5 peratus pada tahun 2017.

Zhu juga dalam masa yang sama mengatakan bahawa ekonomi global diancam oleh ketidakpastian berikutan kebimbangan terhadap perubahan dasar Trump selepas beliau mengambil alih pentadbiran AS 20 Januari ini.

Dalam kempennya sebelum ini, Trump beberapa kali melemparkan tuduhan berat buat China sebagai pemanipulasi matawang dan akan mengenakan 45 peratus cukai terhadap semua barangan dari China bagi mengurangkan defisit perdagangan dengan China.
 

Individu Terkaya Jepun Ini Kerugian Kira-Kira $1.4 Billion Hanya dalam Masa Sehari!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat