Pertumbuhan Ekonomi China Stabil Bagi Permulaan 2017 : Perancang Ekonomi

58

Ketua perancang ekonomi China semalam telah memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa ekonomi China telah mula stabil pada permulaan 2017. Keadaan semasa ekonomi China dinilai lebih baik disamping meneruskan momentum stabil yang direkod pada separuh kedua tahun lalu.

Berkata dalam satu kenyataan di laman web Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Xu Shaoshi mengatakan bahawa ekonomi kedua terbesar dunia itu masih berdepan risiko yang agak rumit secara dalaman dan luaran.

Buat masa ini, China dikatakan sedang menggalakkan kestabilan pembangunan dan pasaran hartanah yang juga merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi China.

Ucapan Trump Semalam dianggap Menghampakan Pasaran

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat