Ucapan Trump dianggap Menghampakan Pasaran

65

US Dollar menjunam berbanding Yen pada Khamis selepas sidang akhbar Presiden Donald Trump yang amat dinantikan pasaran gagal untuk menyatakan butiran mengenai langkah lanjut mengenai dasar ekonomi yang telah dinyatakan beliau sebelum ini.

Trump yang bakal diangkat menjadi Presiden AS secara rasmi pada 20 Januari ini tidak mengulas lanjut mengenai dasar yang akan diterapkannya ke dalam ekonomi. Sebaliknya, beliau meletakkan syarikat farmaseutikal dan agensi perisikan AS sebagai sasaran utama dalam ucapannya semalam.

US Dollar jatuh serendah 114.25 Yen pada Rabu selepas ucapan Trump.

USD/JPY, 30 minit

Menurut Ayako Sera iaitu ahli strategi pasaran kewangan di Sumitomo Mitsui Trust Bank Tokyo, Trump boleh membawa kesan positif mahupun negatif kepada pasaran. Hala tuju US Dollar sebelum perasmian Trump juga masih menjadi tanda tanya sama akan kembali rebound atau sebaliknya.

US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama merosot sebanyak 0.1 peratus kepada 101.65. Semalam, indeks ini telah melonjak ke paras tertinggi pada minggu ini menjelang sidang akhbar Trump.

US Dollar Index telah meningkat ke tahap tertinggi sejak 2002 pada minggu lepas selepas pelabur menjangkakan dasar Trump berpotensi meningkatkan pertumbuhan inflasi dan pengembangan cukai fiskal.

Penetapan ini juga mampu menolak kadar untuk melonjak dengan lebih pantas.

Dalam sesi ini, Euro terjun ke paras terendah dalam tempoh 14 tahun selepas meningkat 0.1 peratus sebelum ini.

EUR/USD, 30 minit

Matawang Peso Mexico juga terkesan dengan ucapan Trump semalam apabila beliau memberi amaran bahawa syarikat automobil AS yang berpusat di negara itu bakal berdepan dengan kadar cukai yang tinggi.

Sidang Media Trump, Apa yang Kita Tahu Setakat Ini?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat