Pertumbuhan KDNK Amerika Syarikat Capai Paras Tertinggi Tiga Tahun Lalu

436

Ekonomi Amerika Syarikat mencatat pertumbuhan lebih pantas pada suku ketiga yang tertinggi sejak tiga tahun lepas disokong oleh peningkatan pelaburan perniagaan dalam komponen inventori walaupun perbelanjaan pengguna hanya sederhana.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) naik 3.3% pada suku ketiga yang turut dilonjakkan oleh kenaikan semula perbelanjaan kerajaan. Pertumbuhan kali ini melebihi suku kedua yang mencatat kenaikan 3.0%.

Jika tidak mengambil kira pelaburan inventori, ekonomi hanya meningkat 2.5%. Apabila dikira mengikut pendapatan, pengeluaran berkembang pada kadar 2.5%. Kerajaan melaporkan selepas lonjakan keuntungan cukai korporat pada kadar 5.8% pada suku ketiga selepas hanya naik 0.1% pada suku kedua.

Jika mengikut jangkaan pasaran melalui tinjauan Reuters, ekonomi dijangka hanya berkembang 3.2% pada suku ketiga. Dengan kenaikan melebihi jangkaan, matawang US dolar membuat kenaikan selepas data ini dikeluarkan pukul 9.30 malam pada Rabu.

Ekonomi semakin pulih sejak krisis 2007-2009 dan 2017 merupakan tahun ke-lapan pemulihan ekonomi. Ekonomi banyak disokong oleh pelongaran kuantitatif (Quantitative Easing, QE) yang dibuat bermula pada 2008.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat