Pesawat Perang China Ceroboh Taiwan, Amaran Awal Untuk Biden?

778

Taiwan melaporkan berlaku ‘pencerobohan besar-besaran’ pesawat perang China di ruang udara negara itu untuk dua hari berturut-turut.

Lapor BBC, sebanyak 15 pesawat Beijing terbabit dalam latihan ketenteraan yang didakwa sengaja diadakan bagi memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS).

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Taiwan, sebanyak 8 pesawat pengebom China yang mampu membawa senjata nuklear, 4 jet pejuang dan satu pesawat anti-kapal selam memasuki zon pengenalan pertahanan udara barat daya negara itu pada Sabtu lalu.

Tambah kenyataan itu, operasi semalam pula membabitkan 12 jet pejuang, dua pesawat anti-kapal selam dan sebuah pesawat pengintip.

Tentera Udara Taiwan mengerahkan sistem peluru berpandu pertahanan udara untuk memantau kesemua pesawat berkenaan sepanjang latihan ketenteraan itu diadakan.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan China setakat ini.

China sering kali mendakwa Taiwan merupakan wilayah negara itu yang terpisah tetapi Taipei menolak dakwaan itu dan menegaskan mereka sebuah negara yang merdeka.

Para penganalisis menyatakan China sengaja menguji tahap sokongan Presiden AS, Joe Biden terhadap Taiwan.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata, AS akan terus mengukuhkan hubungannya dengan Taiwan.

“AS berasa bimbang dengan cubaan China yang terus menakutkan negara-negara jirannya termasuk Taiwan.

“Kami menggesa Beijing untuk menghentikan tekanan ketenteraan, diplomatik dan ekonominya terhadap Taiwan serta sebaliknya melakukan dialog rundingan yang bermakna dengan wakil Taiwan yang dipilih secara demokratik,” ujar Price.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat