Petunjuk Awal Dari Data ADP Ini Buatkan Pasaran Optimis?

522

Rekod pekerjaan swasta catat bacaan lebih tinggi pada bulan Oktober berikutan didorong oleh pengambilan pekerja dalam sektor perhotelan sebagaiamana yang dilaporkan dalam laporan ADP pada hari Rabu.

Syarikat telah menambah 571,000 untuk bulan Oktober. Angka ini mengatasi anggaran yang dianggarkan oleh Dow Jones iaitu anggaran sebanyak 395,000 pekerjaan. Bacaan bulan ini juga adalah mengatasi bacaan bulan September sehingga catat bulan terbaik sejak Jun lepas.

Sektor riadah dan hospitaliti yang merangkumi restoran, hotel dan seumpamanya catat peningkatan pekerjaan sebanyak 185,000. Sektor ini dilihat sebagai proksi untuk mengukur pemulihan ekonomi.

Menurut Mark Zandi, ketua ekonomi di Moody’s Analytics, “pasaran pekerjaan akan terus pulih seiring dengan keredaan penularan pandemik varian delta”. Tambah Zandi, pertambahan pekerjaan semakin pesat merentasi semua sektor ekonomi terutama dalam kalangan syarikat besar. Selagi penularan Covid-19 masih terkawal makan sektor pekerjaan akan terus pulih’.

Laporan ADP dikeluarkan 2 hari lebih awal sebelum laporan NFP dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Pakar ekonomi meramalkan bahawa ekonomi akan catat sebanyak 450,000 pekerjaan dalam bacaan NFP.

Harus dicatat walaupun ADP boleh berfungsi sebagai pelopor kepada kiraan kerajaan, kedua-duanya boleh catat jurang yang besar. Pada bulan September, jumlah penghasilan gaji swasta ADP pada awalnya catat bacaan 568,000 sebelum disemak lebih rendah iaitu pada 523,000. Disisi lain, bacaan NFP pada bulan September hanyalah 194,000.

Pemain pasaran kini memberi tumpuan pada laporan NFP yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat