Pharmaniaga Peroleh Kontrak Bekalkan 6 Juta Dos Vaksin Sinovac

345

Bak pelangi muncul setelah hujan, harga saham Pharmaniaga menyaksikan lonjakan pada sesi perdagangan di Bursa Malaysia hari ini.

Hal tersebut dipengaruhi setelah Pharmaniaga memperoleh surat penerimaan (LoA) dari Kementerian Kesihatan untuk membekalkan 6 juta dos vaksin Sinovac.

Pada 9.18 pagi, saham Pharmaniaga meningkat 1.65% atau 1.5 sen kepada 92.5 sen yang bernilai RM1.21 bilion.

Berdasarkan LoA tersebut, Pharmaniaga diminta untuk mula memberikan vaksin Sinovac dengan kadar segera dan lengkap pada akhir Ogos.

“LoA ini bakal meningkatkan jumlah bekalan vaksin Sinovac yang terkumpul bagi Program Imunisasi Covid-19 Nasional (NIP) kepada 20.4 juta dos,” katanya.

MIDF Research meletakkan saranan buy di Pharmaniaga pada 91 sen dengan menyasarkan sasaran harga yang lebih tinggi kepada 98 sen berbanding 95 sen.

Faktor itu disokong oleh bekalan tambahan vaksin yang dilihat akan memberi kesan material kepada pendapatan Pharmaniaga pada masa akan datang.

Meneliti kepada harga tempahan vaksin Sinovac di Indonesia (anggaran RM60 per dos pada harga siling vaksin Indonesia), tambahan 6 juta pengeluaran vaksin oleh Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd akan menambahkan pendapatan sekitar RM300 juta.

Prospek positif ini secara tidak langsung akan membantu prestasi kewangan Pharmaniaga yang lebih baik dengan peningkatan berterusan bekalan vaksin Sinovac ke NIP.

Penjualan vaksin kepada sektor swasta, GLC dan kerajaan negeri pada masa hadapan juga akan turut menyumbang kepada vaksinasi yang lebih meluas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat