PM UK Boris Johnson Digesa Agar Meletak Jawatan Susulan Keputusan Mahkamah!

661

Perdana Menteri UK Boris Johnson kini berhadapan dengan tekanan dan jawatan beliau boleh digugat selepas Mahkamah Agung United Kingdom memutuskan keputusan Perdana Menteri Boris Johnson menggantung sidang parlimen ketika Britain dihimpit isu Brexit adalah menyalahi undang-undang. Susulan perkara ini, terdapat suara-suara yang menggesa agar Boris Johnson meletakkan jawatan.

Presiden Mahkamah Agung Brenda Hale menyatakan bahawa para hakim telah sebulat suara mendapati bahawa penggantungan sidang parlimen adalah hak hakim dan mahkamah untuk memutuskan had dan batas penutupan Parlimen.

Tambah Hale sambil membaca keputusan tersebut di mahkamah, keputusan menasihati Ratu UK untuk menggantung parlimen adalah tidak sah dan boleh membawa kepada penghalangan parlimen dalam melangsanakan fungsi perlembagaan.

Susulan daripada keputusan mahkamah, ahli Parlimen Parti Kebangsaan Scotland, Joanna Cherry mengeluarkan kenyataan bahawa kedudukan Boris Johson tidak boleh dipertahankan dan beliau seharusnya mempunyai keberanian untuk bertanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Jeremy Corbyn yang merupakan pengerusi parti Buruh juga menggesa dengan mengatakan bahawa Boris Johnson harus mempertimbangkan jawatan yang dipegang oleh beliau.

Pada hari ini juga, Johson telah memberi komentar balas bahawa beliau tidak setuju dengan keputusan Mahkamah Agung namun beliau menghormatinya. Beliau juga mengatakan beliau akan terus bekerja untuk mengeluarkan Britain daripada Kesatuan Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat