Polisi Kerajaan New Zealand Dijangka Akan Terus Melemahkan Matawang NZD

156

Dolar New Zealand adalah matawang paling banyak bergerak berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Selasa. Kiwi (NZD) jatuh ke paras terendah lima bulan lalu berbanding US dolar selepas kerajaan baru New Zealand menyenaraikan polisi mereka.

Awal hari ini kita melihat lonjakan oleh matawang NZD pada mulanya pukul 10 pagi tadi selepas majlis tandatangan perjanjian kerajaan gabungan Parti buruh-Green party dan First Party. 

Bakal Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memberi isyarat perancangan beliau yang termasuk menaikkan gaji minimum. Kenaikan gaji minimum ini telah melonjakkan matawang NZD pada mulanya dan matawang Kiwi melemah secara mendadak akbat daripada polisi yang tidak menentu.

Kerajaan baru New Zealand menegaskan sekali lagi komitmen mereka untuk mengurangkan imigran dan menghalang warga asing membeli hartanah. Polisi ini dilihat tidak mesra terhadap pelaburan asing dan imigran.

Apa yang menjadi kebimbangan pelabur adalah perancangan untuk menilai semula dan mengubah mandat bank pusat dengan memasukkan sasaran pekerjaan di samping sasaran kestabilan inflasi RBNZ (Reserve Bank of New Zealand). Ini juga adalah satu ketidaktentuan dari segi kebebasan bank pusat dalam menggubal polisi.

Apabila kerajaan baru New Zealand mahu mengubah mandat ini, sebenarnya ia menyebabkan ketidaktentuan dalam polisi monetari bank pusat dan juga kebebasan institusi ini.

Buat masa ini NZD dijangka lebih cenderung untuk bergerak ke bawah dalam jangka masa panjang dengan faktor fundamental semasa ekonomi New Zealand.

Walaubagaimanapun, jika kerajaan baru menukar fikiran dan membiarkan bank pusat bebas menggubal polisi monetari dan mengawal pasaran kewangan, NZD dijangka akan mengukuh semula.

 

Dapatkan buku analisis fundamental & teknikal di sini!

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat