Polisi Matawang US Dolar Menjadi Perhatian Di Forum Ekonomi Dunia

63

Bakal Presiden US Donald Trump, menyatakan syarikat-sayrikat US tidak boleh bersaing dengan syarikat dari China, kerana nilai matawang US dolar terlalu kuat berbanding Yuan.

Dalam forum ekonomi di Davos, Anthony Scaramucci yang juga penasihat ekonomi Trump menyatakan, US perlu berhati-hati dengan peningkatan nilai US dolar.

Scaramucci juga memberi komen bahawa, ekonomi US tidak akan dapat bertahan dengan impak penguatan US dolar. Walaubagaimanapun, semua ini bergantung kepada polisi pentadbiran kerajaan untuk merancakkan ekonomi US dari segi perbelanjaan kerajaan.

Beliau juga memberi amaran bahawa deflasi boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi yang teruk, disebabkan bebanan hutang. Dalam hal ini, adalah perlu untuk terus berusaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi bagi mengelakkan risiko.

Dia juga memberi pendapat bahawa, Federal Reserve (bank pusat US) hendaklah menjadi satu entiti yang bebas seperti sekarang. Nilai US dolar ketika ini dan hubungan antara pentadbiran US dan The Fed akan menjadi perhatian dalam jangka pendek.

Dengan pertumbuhan ekonomi akan menjadi fokus utama pentadbiran Trump, mungkin akan ada kritikan dari pihak pentadbiran, jika The Fed menaikkan kadar faedah di US.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat