Politik Jerman: Ini Sebab Kejatuhan Matawang Euro Awal Pagi Tadi

159

Matawang Euro mencapai paras terendah dua bulan lalu berbanding Yen pada Isnin selepas pemimpin tertinggi Jerman Chancellor Angela Merkel gagal untuk membentuk gabungan tiga parti bagi membentuk kerajaan. Ini telah mencetuskan ketidaktentuan (uncertainty) politik dalam ekonomi terbesar Zon-Eropah.

Merkel memenangi pilihanraya September lalu tetapi dengan majoriti yang semakin berkurangan. Merkel berkata akan memberitahu Presiden Jerman bahawa beliau tidak akan membentuk gabungan selepas parti FDP (Free Democrats) keluar daripada rundingan itu.

Hal ini hanya menunjukkan dua kemungkinan: Merkel membentuk kerajaan minoriti atau presiden menjalankan semula pilihanraya baru jika tiada kerajaan yang dibentuk.

Matawang Euro membuat ‘gap-down’ seterusnya meneruskan kejatuhan dalam pembukaan pasaran Asia hari ini disebabkan ketidaktentuan rundingan oleh Merkel.

Merkel yang memenangi pilihanraya September berkemungkinan besar akan membentuk kerajaan minoriti, kata Steven Dooley, strategist matawang di Western Union.

Matawang Euro kini tertekan oleh faktor politik, manakala matawang USD juga tidak menentu dengan prospek reformasi cukai.

Dari segi ‘reformasi cukai’, Presiden Trump sendiri menjangka Senator Jeff Flake akan menentang ‘cadangan cukai Republikan’, tetapi pejabat beliau berkata Flake masih belum membuat keputusan.

Pendirian setiap Senator Republikan terhadap ‘perubahan cukai’ menjadi fokus pasaran kerana Republikan hanya menduduki 52 kerusi di Senat US. Lebih daripada dua orang ahli Senat Republikan yang menentang akan membunuh ‘reformasi percukaian’ tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat