Politik Semasa UK Mengancam Kestabilan Matawang Pound Sterling

139

Pada hari ini Theresa May yang merupakan perdana menteri U.K akan memberi kenyataan rasmi kepada parlimen U.K berkenaan perjanjian kerjasama antara U.K dan Eropah. Beliau berjanji bahawa perjanjian ini akan menguntungkan kedua belah pihak.

Selain itu, sejak akhir-akhir ini, tekanan keatas May semakin kuat apabila beliau berhadapan dengan tekanan penggulingan kuasa dalam kalangan parti Konservatif itu sendiri. Di tambah pula dengan, kredebiliti kepimpinan May yang semakin tergugat selepas pilihanraya pada Jun lalu dengan kemenangan yang tipis. Sekumpulan ahli Konservatif khuatir jika beliau kalah pada pilihanraya akan datang, tampuk pemerintahan kemungkinan akan beralih kepada pemimpin buruh, Jeremy Corbyn yang beraliran sosialis.

Pada minggu lepas beliau berdepan dengan isu penggulingan kuasa apabila ahli kabinet Grant Shapps mengumumkan kempen agar May meletak jawatan dan parti konservatif dapat melantik pemimpin baru. Menurut Shapps, sebanyak 30 orang pembuat dasar telah menyokong dan menandatangani kempen tersebut. Walaubagaimanapun, beliau memerlukan lebih ramai sokongan, berjumlah 48 orang untuk mengugat May agar melepaskan jawatannya.

Justeru, selepas kenyataan Shapp, matawang pound jatuh berikutan ketidakpastian politik yang menyebabkan para pelabur hilang keyakinan dan ditambah pula komentar May yang menyatakan beliau tidak sihat akhir-akhir ini.

Apakah yang dapat terjadi jika May melepaskan jawatan beliau? Rundingan Brexit mungkin tergendala dan boleh mengakibatkan ketidakpastian yang meruncing tentang hala tuju UK dalam rundingan ini. Masa yang berbaki untuk U.K keluar dari zon Eropah adalah sebanyak 18 bulan dan pemilihan ketua baru akan mengambil masa 3 bulan. Hal ini boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada pasaran UK termasuk matawang GBP.

Walaubagaimanapun, majoriti ahli konservatif menyokong May kerana Shapp dan sekutunya belum mempunyai hujah yang kuat untuk menyingkirkan May.

May juga mengatakan bahawa beliau mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki oleh negara iaitu ciri-ciri kempimpinan yang tidak tergopoh-gopoh. Beliau berharap akan mendatangkan kemajuan bagi rundingan Brexit minggu ini dan membentangkan kemajuan yang telah dicapai sejak ucapan beliau bulan lalu di Florence.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat