Polkadot Mula Menarik Perhatian Pelabur, Melonjak 179% Sejak Ogos

794

Harga Polkadot (DOT) menunjukkan pergerakan positif dalam 24 jam, melonjak hampir 20%mencecah all-time high (ATH) pada awal pagi ini pada nilai $7.70.

Matawang itu mula aktif pada 23 Disember ketika Binance mengumumkan sebanyak $10 juta dana akan disalurkan untuk menyokong projek Polkadot.

Manakala pada 28 Disember, Binance mula mengadaptasi Polkadot dengan menggantikan pasangan matawang DOT/BUSD, membuka peluang untuk DOT terus meningkat.

Ketika ini, terdapat segelintir pelabur mula mencari beberapa token yang berpotensi untuk mengatasi Bitcoin dalam masa terdekat selepas aset Satoshi Nakamoto berjaya melepasi paras $28,000.

Bagi yang tidak tahu, Polkadot merupakan rangkaian blockchain yang dibangunkan oleh pengasas bersama Ethereum, Gavin Wood.

Rangkaian tersebut menyokong beberapa sub rangkaian yang saling berkaitan yang dikenali sebagai ‘parachains’.

Menariknya mengenai ‘parachains’ ia mampu melalukan transaksi dalam julat yang tinggi berbanding Ethereum kerana rekabentuknya yang jauh lebih canggih.

Ketika ini, DOT didagangkan pada $7.46, susut dari ATH sebanyak 2.7%. Pada masa yang sama, aset tersebut telah melonjak sebanyak 179% dari all-time low (ATL), $2.70 Ogos lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat