Polkadot Tampil Garang Menjadi Pesaing Utama Ethereum

260

Rangkaian blockchain Polkadot tanpa disangka berada di kedudukan teratas sebagai platform pertaruhan kripto dengan rekod sebanyak $3 bilion DOT dipertaruhkan.

Ini bermakna para pemain DOT telah memasukkan dana bernilai $3 bilion dengan sistem pengesahan Polkadot untuk mendapatkan keuntungan pasif.

Cardano bagaimanapun berada di kedudukan kedua dengan sebanyak $1.79 bilion ADA dipertaruhkan, manakala Tezos (XTZ) dan EOS berada di tempat ketiga dan keempat dengan masing-masing menyaksikan pertaruhan bernilai $1.4 bilion di dalam rangkaian mereka.

Menariknya lagi, DOT merupakan satu-satunya token yang memiliki pulangan yang positif dalam dolar AS, Bitcoin dan Ether sejak 90 hari lalu sejak rangkaian itu melancarkan pelaburan token.

Pada masa yang sama, pihak penganalisa melihat Polkadot muncul sebagai pesaing ketat Ethereum sepanjang 2020 susulan daripada kitaran DeFi yang meletup dari Julai hingga September kerana permintaan protokol kontrak pintar berkapasiti tinggi yang meningkat.

Polkadot secara terperincinya memiliki konsep infrastruktur yang sama seperti ETH 2.0. Kedua-dua blockchain itu membahagikan rangkaian mereka kepada banyak sub supaya pengesahan transaksi menjadi lebih efisien.

Ini bermakna kedua-dua protokol ini secara tidak langsung akan bersaing untuk jangka masa yang panjang.

Bagaimanapun, penganalisis Delphi Digital, Ashwath Balakrishnan turut skeptikal terhadap Polkadot memandangkan fasa awal sistem pentadbiran rangkaian protokol dan ETH 2.0 akan menjadi penghalang kepada pengembangan sistem itu.

Permodalan pasaran Polkadot kini berada di kedudukan ke-9 dengan nilai hampir $4 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat