Polygon Peruntukkan $10.5 Juta Untuk Projek Terbaru Bersama 0x

445

Dalam perkembangan terbaru, Polygon dan projek 0x memperuntukkan $10.5 juta untuk menubuhkan platform API dan infrastruktur untuk menarik 1 juta pengguna ke rangkaian Polygon dan Ethereum.

Penubuhan API 0x akan membantu projek-projek aplikasi kewangan desentralisasi (DeFi) di Polygon untuk menghubungkan aplikasi mereka ke platform luar seperti pertukaran desentralisasi (DEX) di rangkaian Ethereum.

Menariknya tentang API yang dibangunkan ialah pembangun DeFi mampu mengakses liquidity dari DEX dalam kadar yang cepat dan mudah untuk projek mereka.

Untuk pengetahuan, Polygon adalah skala penyelesaian bagi Ethereum. Ia dibangunkan sebagai side-chain bagi menyelesaikan segala permasalahan skalabiliti yang dihadapi Ethereum, termasuk kos mahal, kekurangan dalam pengalaman pengguna, dan kadar transaksi yang rendah per saat.

Projek 0x pula merupakan rangka kerja pembangun yang menguasai DEX di Ethereum.

Maka wujudnya API, projek DeFi dapat berintegrasi dengan aktiviti perdagangan di Polygon dan mendapatkan liquidity dari pelbagai DEX termasuk Quickswap, SushiSwap, CurveFinance, Dodo, mstable, DFyn, Cometh, dan banyak lagi.

Selepas ini  API 0x akan melancarkan sokongan integrasi bersama Matchaxyz, Dexguru, Dexkit, MyCrypto, Set Protocol, Zapper.fi, dan Zerion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat