Pound & Euro Papar Reaksi Berbeza Selepas Data PMI Dikeluarkan!

262

Menghiasi pasaran sesi Eropah adalah penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah dan UK yang bercampur-campur pada bulan Februari.

Berita baik buat Eropah adalah aktiviti perniagaan melonjak ke paras tertinggi 9 bulan pada bulan ini dibantu oleh prestasi yang lebih baik dalam sektor perkhidmatan.

Ini diperlihatkan pada prestasi di dua ekonomi terbesar di Zon Eropah, Perancis dan Jerman yang mencatat pertumbuhan untuk kali pertama sejak Oktober dan Jun.

Meskipun begitu, sektor pembuatan kekal dalam penguncupan untuk bulan kelapan berturut-turut, menandakan aktiviti perkilangan terus perlahan pada Februari.

Ini membuatkan mata wang euro gagal memberi reaksi kepada pencapaian dalam sektor perkhidmatan yang lebih kukuh, menyaksikannya kekal didagangkan suram sekitar paras terendah.

Berbeza dengan UK, kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan tanpa dijangka menunjukkan bacaan yang lebih baik daripada jangkaan.

Aktiviti perkhidmatan mencatat pertumbuhan ketara dengan melonjak ke paras tertinggi lapan bulan, disokong oleh peningkatan kukuh dalam aktiviti perniagaan.

Sektor pembuatan pula kekal dalam penguncupan tetapi menunjukkan peningkatan berbanding bulan sebelumnya, mencatatkan bacaan tertinggi dalam tujuh bulan.

Impaknya, mata wang pound melonjak lebih tinggi susulan data tersebut dengan harga meroket sekitar 0.5% berbanding US dolar.

Nak tahu lebih banyak tentang pasaran kewangan? Sertai komuniti kami! ~Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat