Pound Memulakan Minggu Ini Dengan Dagangan Yang Lemah!

27

Matawang Pound didagang lemah dalam sesi Asia berikutan ketegangan yang berlaku disebabkan isu Brexit. Dalam masa yang sama juga, Aussie dinilai lebih tinggi pagi ini menjelang pengumuman data pendapatan syarikat bagi suku keempat.

Di Australia, data keuntungan syarikat secara kasar meningkat sebanyak 20.1 peratus pada suku keempat, melebihi keuntungan yang dijangka.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang utama yang lain kali terakhir dinilai merosot sebanyak 0.05 peratus kepada 101.07.

Dalam masa yang sama, GBP/USD didagangkan menjunam sebaliknya matawang Aussie dilapor meningkat sebanyak 0.13 peratus. Sementara itu, USD/JPY didagang menurun sebanyak 0.12 peratus.

Pada minggu ini, pasaran akan memberi tumpuan kepada ucapan Trump kepada Kongres yang dikatakan akan memberikan butiran lanjut mengenai rancangan pembaharuan cukai, pembatalan kawal selia dan perbelanjaan infrastruktur. Dalam minggu ini juga, Pengerusi Fed iaitu Janet Yellen juga dijadual akan menyampaikan ucapan.

Minggu lalu, US Dollar dinilai lebih tinggi berbanding matawang utama yang lain sambil mengetepikan data perumahan yang dianggap mengecewakan pasaran. Data yang dikeluarkan pada Jumaat itu menunjukkan bahawa jualan rumah baru AS meningkat sebanyak 3.7 peratus berbanding jangkaan peningkatan sebanyak 6.3 peratus.

Sebelum itu, Steven Mnuchin ada mengeluarkan kenyataan bahawa dasar pembaharuan cukai dilihat “amat penting” untuk diluluskan sebelum bulan Ogos. Namun, beliau menyifatkan bahawa masih banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum meluluskan rancangan tersebut.

Ulasan Kalendar Ekonomi Minggu Ke-Lapan 2017 (20-24 Februari)

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat